Isnin, 25 Mei 2009

Usrah Gabungan Bulanan PASTI/KAFA Al Abrar & Ar Rahman


















Usrah Gabungan Bulanan PASTI/KAFA Al Abrar Kerteh dan Ar Rahman Kg Baru Kerteh kali ke 04 telah diadakan pada pagi hari minggu (Jumaat 22hb Mei) di PASTI Al Abrar Kerteh. Program bulanan ini demi memantapkan fikrah terhadap perjuangan kepada semua AJK/Guru/Ustazah yang terlibat secara langsung dengan perjalanan PASTI/KAFA. Perjuangan memartabatkan kedaulatan Islam pasti akan menempuhi pelbagai ranjau dan rintangan. Kefahaman terhadap fikrah perjuangan amat penting bagi memastikan para pejuang Islam senantiasa berada di landasan yang betul dalam menjalankan tanggungjawap dalam gerakan islam.

Majlis dipengerusikan oleh Rahimi Abu Suffian (AJK Pemuda Cawangan Kg. Gelugor) dan teks dibentangkan oleh Syed Khairi Amier Syed Raduan merangkap Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg. Gelugor. Semua ahli usrah berkesempatan mengulas isu yang dibentangkan mengikut kemampuan dan kefahaman masing - masing. Ianya merupakan satu latihan amali berucap dan berpidato dalam kumpulan yang kecil.

Sessi terakhir merupakan ulasan oleh naqib usrah Alfadhil Ustaz Nik Nasri Nik Malek selaku Ketua Lujnah Tarbiyyah PAS Kawasan Kemaman. Affadhil Ustaz menyentuh secara ringkas keseluruhan tajuk yang dibincangkan antaranya bagaimana kita hendak bersyukur nikmat Allah dengan melihat kepada orang yang berada lebih bawah dan susah dari kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan