Selasa, 26 Mei 2009

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)



Isnin, 25 Mei 2009

Ayah kepada AJK Dewan Ulama PAS Kemaman Kembali Ke Rahmatullah














KG CHABANG, KERTEH : Ayah kepada Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Mohd Yussoh telah kembali ke rahmatullah malam Ahad (24hb. Mei) di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Allahyarham Yussoh Awang, 72 tahun telah disahkan mengidap penyakit batuk kering. Jenazah allahyarham telah dimandi dan dikafankan oleh Tuan Haji Shuib, Iman Masjid Tengku Mizan Kerteh dan disembahyangkan oleh para pelawat yang tidak putus - putus datang menziarahi dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Chabang - Kerteh pada pukul 11.00 pagi tadi.

Ramai sanak saudara dan orangramai berkunjung memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham di Kampung Chabang, Kerteh diantaranya Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman yang baru terpilih, Alfadhil Ustaz Alias Abdul Hamid, Ketua Penerangan PAS Kemaman, Amri Mamat dan Ahli Jawatankuasa PAS Kemaman, Tuan Haji Othman Abdullah.

Anak allahyarham, Ustaz Mohd Yussoh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan pengebumian ayahnya. Sama - samalah kita berdoa semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin dan syuhada. Marilah kita bersama mensedekahkan ummu kitab Alfatihah kepada allahyarham...

Usrah Gabungan Bulanan PASTI/KAFA Al Abrar & Ar Rahman


















Usrah Gabungan Bulanan PASTI/KAFA Al Abrar Kerteh dan Ar Rahman Kg Baru Kerteh kali ke 04 telah diadakan pada pagi hari minggu (Jumaat 22hb Mei) di PASTI Al Abrar Kerteh. Program bulanan ini demi memantapkan fikrah terhadap perjuangan kepada semua AJK/Guru/Ustazah yang terlibat secara langsung dengan perjalanan PASTI/KAFA. Perjuangan memartabatkan kedaulatan Islam pasti akan menempuhi pelbagai ranjau dan rintangan. Kefahaman terhadap fikrah perjuangan amat penting bagi memastikan para pejuang Islam senantiasa berada di landasan yang betul dalam menjalankan tanggungjawap dalam gerakan islam.

Majlis dipengerusikan oleh Rahimi Abu Suffian (AJK Pemuda Cawangan Kg. Gelugor) dan teks dibentangkan oleh Syed Khairi Amier Syed Raduan merangkap Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg. Gelugor. Semua ahli usrah berkesempatan mengulas isu yang dibentangkan mengikut kemampuan dan kefahaman masing - masing. Ianya merupakan satu latihan amali berucap dan berpidato dalam kumpulan yang kecil.

Sessi terakhir merupakan ulasan oleh naqib usrah Alfadhil Ustaz Nik Nasri Nik Malek selaku Ketua Lujnah Tarbiyyah PAS Kawasan Kemaman. Affadhil Ustaz menyentuh secara ringkas keseluruhan tajuk yang dibincangkan antaranya bagaimana kita hendak bersyukur nikmat Allah dengan melihat kepada orang yang berada lebih bawah dan susah dari kita.

Jumaat, 22 Mei 2009

Aqiqah sempena Hari Ihtifal PASTI/KAFA Al Abrar 2009




Berita baik untuk semua ibubapa/penjaga/orangramai. Pihak Pengurusan PASTI/KAFA Al Abrar Kerteh membuka peluang kepada semua untuk menyertai aqiqah sempena dengan Hari Intifal 2009 yang dijangka pada Bulan Oktober 2009 nanti. Tawaran ini terbuka kepada mereka yang ingin melakukan aqiqah/nazar/tahlil/infaq/derma dan boleh menghubungi pihak pengurusan untuk tempahan di talian 0199348062/0199831802/0139815788.

Childcare di PASTI Al Abrar Kerteh

PASTI Al Abrar Kg. Gelugor Kerteh melalui PASTI Plus menawarkan perkhidmatan menjaga pelajar pra sekolah berumur 4-6 tahun selepas sessi pra persekolahan tamat. Pelajar akan belajar di PASTI Al Abrar dari 8.30 pg - 11.30 pg. Program PASTI Plus akan bermula dari 11.30pg sehingga 5.00 ptg. Pelajar yang berumur 6-12 tahun juga boleh mengikuti KAFA Al Abrar bermula dari pukul 2.30ptg sehingga 4.30 ptg.

Ibubapa/Penjaga yang berminat untuk menghantar anak mereka ke PASTI Plus boleh datang sendiri ke PASTI Al Abrar, Lot 251-1, Jalan Gelugor 6, Kg. Gelugor, Kerteh jam 8.30pg hingga 11.30pg (hari persekolahan sahaja) atau menghubungi pihak pengurusan di talian 0199348062.

jom ke 'karnival sukan pasti negeri terengganu 2009'




Jabatan PASTI Negeri Terengganu dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman dan Jabatan PASTI Kawasan Kemaman akan menganjurkan Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2009 di Puteri Food Court, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman pada 30hb. Mei 2009 jam 8.00 pagi - 3.00 petang. Perasmian pada sebelah pagi akan dilakukan oleh Hj. Ismail Harun selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman. Acara futsal muslimin dan bolajaring muslimat akan disertai oleh PASTI Kawasan dari Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sebagai tuan rumah.

Acara mewarna untuk pelajar PASTI Kawasan Kemaman turut diadakan untuk memeriahkan lagi karnival. Ibubapa/Penjaga pelajar PASTI dikehendaki menghubungi guru di PASTI Qaryah masing - masing untuk penyertaaan anak mereka dalam pertandingan mewarna tersebut. Pasukan yang menjuarai kedua acara tersebut akan dipilih mewakili PASTI Terengganu ke Karnival Sukan PASTI Peringkat Pusat yang akan diadakan selepas ini. Ibubapa/Penjaga/Orangramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival.

jom...'futsal pemuda dun 2009'




pemuda pas dun kemasik telah mengadakan beberapa siri perlawanan futsal persahabatan dengan pasukan pemuda pas di cawangan - cawangan. penganjur bersama program ialah lujnah sukan & kebudayaan pemuda dun kemasik dengan kerjasama pemuda pas cawangan kg gelugor dan cawangan kg telaga papan. setakat ini sebanyak 3 perlawanan telah diadakan iaitu menentang pasukan pas cawangan kg. baru kerteh, pasukan taman wan adnan/penelex dan pasukan semayor. perlawanan diadakan pada sebelah malam memandangkan ramai pemuda yang bekerja pada waktu siang dan diadakan di masterscaf indoor game paka dan pusat futsal bandar baru kerteh.

peluang bertemu muka dan beramah mesra serta bertanya khabar ini dapat merapatkan semangat ukhwah sesama pemuda. aktiviti ini bertepatan dengan program 'jom sertai pas - pas untuk semua' yang dilancarkan di peringkat pas pusat lepas.

pemuda pas dun kemasik akan terus bersama pemuda disamping bergerak sebagai badan penerangan dan dakwah kepada pemuda. ramai pemuda terkejut dengan skill dan kebolehan pemuda pas bermain futsal. sebelum ni anggapan mereka pemuda pas hanya pandai berceramah dan berkumpul di surau dan masjid sahaja. penganjur juga menerapkan nilai bersukan menurut islam dengan meminta para pemuda memakai pakaian yang menutup aurat dan didapati semua pemain dari pasukan pemuda cawangan tidak menghadapai masalah untuk mematuhinya.

penganjur merancang untuk mengadakan liga futsal peringkat dun kemasik apabila selesai siri perlawanan persahabatan dan dijangka akan mendapat sambutan dari pasukan pemuda.

sinopsis dun kemasik








Dun Kemasik (N29) terletak dalam Parlimen Kemaman (P40). jumlah pengundi pada pru ke12 seramai 15,470 pemilih berdaftar. ianya terletak di tengah - tengah perjalanan antara bandar kuantan dan kuala terengganu dan terkenal sebagai kawasan perindustrian minyak dan gas. mempunyai 2 mukim iaitu mukim kerteh dan mukim kemasik dan menjadi pusat pentadbiran cawangan majlis perbandaran kemaman. terletak 45 km dari bandar kemaman dan 35 km dari bandar dungun menjadikannnya terletak di tengah - tengah antara kedua bandar.

Sebagai kawasan pengeluaran mutiara hitam yang terbesar di malaysia, dun kemasik menjadi pilihan penempatan kepada penduduk yang bekerja di industri minyak dan gas. disebabkan tempias industri ini menjadikan kos sara hidup di sini antara yang tertinggi di terengganu.

Dari sudut pembangunan, dun kemasik mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti sekolah rendah dan menengah, institusi kewangan (cimb, rhb & bsn), pejabat pos, klinik kerajaan dan swasta, pasar basah, padang permainan, padang golf, hotel dan bilik penginapan disamping kompleks perniagaan bersepadu mesra mall di mukim kemasik.

syabas & tahniah

syabas dan tahniah kpd pemuda pas dun kemasik dgn komitmen dan iltizam ini. peperangan di era teknologi maklumat tanpa sempadan ini merupakan satu cabaran kepada pemuda semua. pasukan yang menguasai teknologi ini akan sentiasa terkehadapan dan insyaallah akan mendapat sokongan rakyat.
semoga terus istiqomah dengan perjuangan melalui medan di alam maya. ganjaran besar dijanjiNya kepada golongan yang sedikit yang mengikut ajaranNya di akhir zaman. kerja sedikit tetapi berterusan lebih afdal dari kerja yang mengikut musim dan suasana. pepatah inggeris menyebut 'if you give a peanut its a monkey will coming but if you give a banana the gorilla will coming'...
salam perjuangan & terus istiqomah