Isnin, 1 Jun 2009

Kenali Surau Darul Taqwa Kg Gelugor Kerteh



KERTEH : Surau Darul Taqwa dahulunya dikenali sebagai Surau Gelugor Kerteh dan terletak berhampiran Muara Sungai Kerteh di perkampungan nelayan. Dari sebuah surau kayu yang kecil dan agak suram, nekad para qari dan qariah menaiktarafkannya berjaya menjadikan Surau Darul Taqwa diantara surau yang ceria dan aktif dengan aktiviti keagamaan, kebajikan dan kemasyarakatan.

Selain menjadi tempat beribadat solat berjemaah surau ini menjadi medan pengajian ilmu agama samada kuliah maghrib, kuliah subuh, kuliah bulanan dan kuliah jemputan samada dari penceramah tersohor dan bebas maupun para ustaz yang terlibat dalam gerakan Islam.

Menurut Setiausaha Surau, Syed Khairi Amier Syed Raduan, perbelanjaan pengurusan surau datangnya dari pelbagai sumber seperti infaq bulanan qari/qariah, derma maupun nazar dari orangramai. Menurutnya lagi Jawatankuasa Surau telah merancang memggunakan khidmat pelajar dari pondok tahfiz untuk sembahyang terawih sepertimana tahun lepas. Majlis kesyukuran sempena ramadhan dijangka diadakan pada 22hb. Ramadhan dan penceramah jemputan yang dijangka hadir ialah Alfadhil Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah agama yang tersohor.

Syed Khairi Amier juga mengumumkan program 'Live Dari Rusila' setiap Jumaat pukul 9.30 pg - 10.30 iaitu Kuliah Mingguan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah dilancarkan di surau ini. Beliau menjemput semua muslimin dan muslimat sekeluarga datang untuk mengikuti kuliah tersebut tanpa perlu pergi ke Masjid Rusila, Marang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan