Selasa, 9 Jun 2009

PASTI Marang Juara Futsal 2009

Pasukan netball PASTI Kuala Terengganu bersama Pengurus Pasukan dan Coach - muncul Johan 2009


Pasukan futsal PASTI Besut muncul tempat ke-3


Pasukan futsal PASTI Dungun berjaya menjadi Naib Johan setelah tewas kepada PASTI Marang dalam perlawanan akhir

Ucapan perasmian oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman


Berdiri dengan segak barisan AJK Karnival Sukan 2009...ditengah - tengah orang kuat Jabatan PASTI Negeri Terengganu Ustaz Sulaiman Sulong

Karnival Sukan PASTI Terengganu 2009 memperlihatkan kecemerlangan PASTI Marang dalam karnival tahunan tersebut. PASTI Marang menjuarai futsal setelah menewaskan PASTI Dungun 3-2 dalam perlawanan akhir. PASTI Besut mendapat tempat ke-3 setelah menewaskan PASTI Setiu 5-4 dalam penentuan sepakan penalti.

PASTI Kuala Terengganu berjaya menjadi jaguh bolajaring setelah menewaskan PASTI Marang dalam perlawanan akhir sementara PASTI Dungun mengalahkan tuan rumah PASTI Kemaman dalam perlawanan tempat ke-3/4.

PASTI Marang dinobatkan Juara Keseluruhan dengan membawa pulang Piala Pusingan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu setelah merangkul gelaran Johan futsal dan Naib Johan bola jaring.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman pada sebelah paginya dan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ridhuan Hashim selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu di sebelah petangnya.

Penutup karnival secara simbolik dilakukan dengan penyerahan bendera karnival oleh Penyelaras PASTI Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim kepada bakal tuan rumah karnival 2010 iaitu PASTI Besut yang diwakili oleh Ustaz Mohd Kasbi Ismail selaku Penyelaras PASTI Besut. Sayonara dan jumpa lagi di Besut tahun depan 2010...

Khamis, 4 Jun 2009

Gabungan Pemuda Gelugor & Telaga Papan vs Pemuda Rantau Petronas FC


Penyerang Abang Zeck menunjukkan aksi menggoda di atas bench...


Walaupun kalah pasukan Pemuda tetap bersalaman dengan pemain Rantau FC...berjersey hijau ialah penyerang Ustaz Zukiman Zakaria


Koordinator Pasukan Gabungan Ramzam Ibrahim (jersey biru) bersama Ad Asmera Abu Bakar (jersey Malaysia) dan pemuda Gelugor sedang 'control hensem' depan kamera...


Pemain & Penyokong pasukan Rantau Petronas FC sedang memikirkan formula baru merobek pertahanan lawan...


'Biar Kalah Asal Bergayo' menjadi motto Ad Asmera Abu Bakar memberikan gaya seksi dan menggoda di atas bench...

KERTEH (3hb. Mei 09) : Siri perlawanan persahabatan menentang Pemuda Rantau Petronas FC antara perlawanan yang tersengit pernah dilalui oleh pasukan Gabungan. Kehadiran kembali Pemangku Ketua Pasukan Ad Asmera Abu Bakar setelah kembali dari Tasik Kenyir dengan boot Adidas baru berjaya memantapkan bahagian pertahanan pasukan.

Penyerang berbahaya Ustaz Sublie Shamsuddin berjaya menjaringkan 2 gol dan Abang Zeck 3 gol walaupun Ustaz Zukiman Zakaria seolah - olah 'off performance' pada malam itu. Pasukan gabungan juga menjemput beberapa pemuda dari TWA dan Gelugor untuk memperkukuhkan lagi benteng pertahanan dan mempertajamkan lagi bahagian serangan. Ketiadaan Pengurus Pasukan yang masih lagi outstation Syed Khairi Amier amat terasa dan pemain seolah - olah anak ayam kehilangan ibu.

Usah dibicarakan tentang keputusan perlawanan yang sepertimana biasa pasukan Gabungan menambahkan lagi koleksi kekalahan.

Majlis Ihtifal PASTI Ar Rahman Kg. Baru Kerteh


Persembahan nasyid pelajar 5 tahun dengan warna tema merah judul lagu 'Sepohon Kayu'


Persembahan pelajar 6 tahun yang akan meninggalkan PASTI...selamat majujaya di sekolah baru dan Ingat Islam...Ingat PASTI

Penghargaan dan penyampaian hadiah kepada pelajar menjadi program kemuncak dalam setiap sessi pra persekolahan saban tahun di PASTI. Pelajar yang cemerlang akan menerima hadiah penghargaan dari pihak pengurusan di qaryah masing - masing. Ibubapa/Penjaga pelajar datang meraikan kejayaan anak mereka menamatkan sessi pra sekolah.

Pendidikan PASTI menyediakan sistem pembelajaran yang berteraskan pendidikan Islam untuk anak anda seawal 4 tahun. Ada pelajar yang datang ke sekolah dengan masih lagi memakai 'pampers'. Inilah cabaran dan kesabaran yang perlu dihadapi oleh para guru PASTI selama 200 hari dalam setahun. Pelajar yang menangis, merajuk dan pelbagai ragam lagi memerlukan kecekalan guru untuk mengharungi setiap detik dan masa selama 3 jam sehari 5 hari seminggu bersama pelajar.

Apapun peristiwa bermula dari hari pertama persekolahan sehingga hari terakhir pembelajaran, kepuasan akan terpapar di wajah kami para pasukan pengurusan dan para guru. Lihatlah kebolehan pelajar menunjukkan kebolehan mereka pada Majlis Ihtifal PASTI. Terima kasih kepada Ibubapa/Penjaga pelajar yang memberi kepercayaan kepada kami mendidik tunas mereka. Tidak lupa kepada orangramai dan para penderma makanan yang saban minggu tidak pernah 'miss' dengan menu yang berbeza dan lazat. Terima kasih semua...

Rabu, 3 Jun 2009

Mesyuarat Agong DPPKK di Taman Islam


Kosong aje kerusi belakang...semua perwakilan dan pemerhati keluar dewan berehat untuk makan tengahari dan solat zohor...tinggal 2 orang saje yang sedang menanti siapa agaknya...


Setiausaha Pemuda Dun Kemasik di kaunter pendaftaran. Kelihatan sedang melapor diri Aminuddin Awang (Kg. Baru Kerteh), Mohd Kamal Muda (Pengkalan Ranggon), Zulfadli Razak (Kemasik Pantai) dan Mahani Abdullah (Komander Unit Amal) beratur menuju ke dewan mesyuarat.


Pendaftaran para perwakilan dan pemerhati kurang rancak pada awal pagi.

Suasana di luar dewan mesyuarat semasa pendaftaran para perwakilan dan pemerhati di mesyuarat agong DPPKK tahun lepas. Kedatangan para pemuda agak kurang selepas mengharungi PRU ke 12 pada bulan Mac.

Di Belakang Lembayung Purnama




Gambar semasa bertugas di PRK P044 Parlimen Kuala Terengganu. Dun Kemasik sebagai Dun membantu bertugas di UPU Wakaf Pelam bersama dengan negeri yang membantu PAS Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat (PR) Perak.

Tengoh kyusuk mendengar tarbiyyah dan bermesyuarat


Mesyuarat demi mesyuarat diadakan bagi memastikan sesuatu program berjalan dengan lancar dan sempurna. Melalui mesyuarat segala permasalahan dapat diatasi dan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dapat dirancang jalan penyelesaiannya.

Gambar menunjukkan satu program tarbiyyah diikuti dengan mesyuarat oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK), Ustaz Haji Hazri Jusoh bersama Majlis Guru PASTI Kemaman dan semua guru PASTI di Kawasan Kemaman yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan Kemaman.

Selasa, 2 Jun 2009

Gabungan Pemuda Gelugor & Telaga Papan vs Pemuda Pilihan FC



Penjaring gol pembukaan pasukan Gabungan sedang mengintai peluang gol ke-3...


Berehat selepas perlawanan...depan dari kiri : jersey putih (goal keeper pasukan lawan), Ramzan (attacking midfielder), Abang Zack (striker), Ustaz Sublie (left winger)
belakang dari kiri :Ustaz Zukiman (goal scorer) & Mohd Tishaah Hamzah (reserved left back)


Team lawan yang jauh lebih muda dan bertenaga sedang merancang formula untuk merobek gol pasukan Gabungan


Ramzan Ibrahim berjalan keluar padang dengan penuh bergaya untuk ambil angin dan tambah tenaga

Bandar Baru Kerteh : Siri perlawanan futsal persahabatan menentang Pemuda Pilihan FC berlangsung dengan penuh dramatik dan suspen. Team Gabungan Pemuda turun ke gelanggang tanpa dua orang pemain utama Pengurus merangkap penyerang berbahaya Syed Khairi Amier Syed Raduan yang terpaksa bekerja shif malam dan berada di luar kawasan (outstation lah tu). Sementara itu Ad Asmera Abu Bakar tidak dapat turun kerana baru pulang dari menyertai xpdc dakwah dan riadah ke Tasik Kenyir dan masih lagi keletihan setelah berpanas dan berhujan selama 3 hari 2 malam dalam bot.

Kehadiran pemain berpengalaman Ustaz Zukiman Zakaria berjaya menaikkan semangat pasukan dan Ustaz berjaya menjaringkan gol pembukaan dengan rembatan kencang kaki kanan di sebelah kiri pintu gol lawan. Prestasi Ustaz berada di kemuncak pada malam itu apabila berjaya menjaringkan gol kedua pasukan melalui volley yang agak kencang diramalkan 180 km/j
setelah menerima umpanan midfielder Ramzan Ibrahim.

Walaupun keputusan keseluruhan seperti biasa iaitu kalah tetapi terdapat peningkatan dari segi gerakerja berpasukan dan skil individu disamping kekuatan stamina yang semakin mantap. Slogan wonderpack 'apa yang penting... kerjasama' berkumandang dari penyokong yang berada di bench.

Isnin, 1 Jun 2009

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya...





Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya..Proses mentarbiyyah kanak - kanak bermula dari alam pendidikan pra sekolah lagi. Alangkah manisnya anak kita beriadah dan bersukan dengan berpakaian yang menutup aurat. Tanggungjawap memastikan ajaran islam diikuti dan dipatuhi bukan terletak kepada kedua ibubapa sahaja. Pihak pemerintah mempunyai tanggungjawap dan akan dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Masyar nanti. Soal keselamatan kanak - kanak memang menjadi tanggungjawap ibubapa semasa berada di dalam rumah. Apabila anak kita melangkah keluar pintu pagar untuk pergi ke sekolah...soalannya siapakah yang bertanggungjawap terhadap keselamatan anak kita tersebut....

Tengah Call YB Nizar...



Tengah online dengan YB Nizar untuk dapatkan tarikh sesuai program di Kemasik.

Posing mengancam dari Ketua Pemuda Kg. Gelugor



Posing istimewa dari Ketua Pemuda Kg Gelugor sebaik saja tamat siri perlawanan persahabatan dengan pemuda Penelex/Taman Wan Adnan di Masterscaf Indoor Games Paka.